03 Feb 2014
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata tiada sebarang syarat dikenakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila beliau bersetuju dengan 'percaturan
Kajang' yang kontroversi itu.
Dengan itu katanya, spekulasi bahawa Khalid tidak akan berganjak dari
jawatan menteri besar yang disandangnya sekarang jika Ketua PKR
Selangor, Azmin Ali tidak mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa
adalah "tidak benar" dan "tidak adil buat Khalid".
"Jika awak kenal Khalid, (awak akan tahu) dia bukan jenis yang begitu. Bukan sahaja (spekulasi ini) tidak benar, ia juga tidak adil buat Khalid.
"Beliau ada menyatakan pandangannya, tetapi dikenakan syarat itu dan ini tak pernah ada," katanya dalam wawancara bersama

Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas laporan The Star yang memetik sumber dekat dengan Khalid yang mendakwa beliau tidak akan berganjak sehingga Azmin mengosongkan kerusinya.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment