Monday, February 3, 2014

Ghadafi jalani pembedahan plastik tanpa dibius

03 Feb 2014

Qaddafi jalani operasi plastik tanpa dibius
  Muammar Qaddafi. (telegraph.co.uk)
Almarhom pemimpin Libya Muammar al-Qaddafi dikenali nyentrik. Banyak rahsia menyelimuti kehidupannya mulai terbuka sehabis dia meninggal ditembak pemberontak akhir Oktober 2011.
Kali ini giliran Dr Liacya Ribeiro buka cerita. Doktor dari Brazil ini pernah melakukan pembedahan plastik terhadap wajah Qaddafi. Pembedahan dilaksanakan dengan bius lokal," katanya kepada BBC, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Isnin (3/2). "Dia takut seseorang boleh membunuh dia."

Kesaksian Ribeiro ini diambil untuk pembuatan film dokumenter BBC berjudul Anjing Gila: Dunia Rahsia Qaddafi. Gilanya lagi, pembedahan plastik itu dijalankan pukul dua pagi.

Pembedahan itu berlangsung dalam bunker di bawah kompleks kediaman Qaddafi di Bab al-Aziziyah, Ibu Kota Tripoli. "Ruang pembedahan itu seperti dalam rumah sakit besar," kenang Ribeiro. "Fasilitinya sangat bagus."

Meski bagi sebahagian besar rakyat Libya Qaddafi menakutkan, namun Ribeiro ingat Qaddafi orang baik. "Dia sangat menyenangkan. Hobinya menonton televisyen," ujarnya.

Qaddafi mengembuskan nafas terakhir setelah ditangkap di dalam sebuah gorong di kota kelahirannya, Sirte. Setelah empat hari menjadi tontonan di Kota Misrata, kota terbesar kedua setelah Tripoli, jenazahnya dimakamkan di lokasi dirahsiakan di tengah gurun.

Tiga puteranya ikut terbunuh dalam pemberontakan itu, yakni Mutasim Billah, Hannibal, dan Khamis. Sedangkan Aisyah, Muhammad, dan Saadi mengasingkan diri mereka ke Nigeria. Sedangkan Syaiful Islam masih ditahan di Tripoli untuk dibicarakan.

Tiga tahun setelah kematian Qaddafi, situasi di Libya kian memburuk. Sebab jaringan Al-Qaidah sudah beroperasi di sana. Selain itu, konflik antara suku terus meletup.


Merdeka.com

No comments:

Post a Comment