Wednesday, February 19, 2014

Banduan bunuh ketua penjara kerana diminta tolong potong rambut

18 Feb 2014
 
 gambar hiasan (news.com.au)
Dushanbe - Ketika diminta bantuan untuk memotong rambut, seorang banduan di Tajikistan malah menikam ketua penjara dengan gunting. Akibat perbuatan ini, ketua penjara akhirnya meninggal.

"Pada Ahad(16/2) malam, dia meminta tolong si banduan yang pernah bekerja sebagai penata rambut sebelum dipenjara, untuk datang ke pejabatnya guna memotong rambutnya," terang jurucakap Kementerian Dalam Negeri Tajikistan kepada AFP, Selasa (18/2/2014).

Banduan ini menikam si ketua penjara dengan gunting sebanyak satu kali di bahagian kepala dan sebanyak 16 kali di bahagian tubuh. Ketua  penjara yang tidak disebut namanya ini meninggal sebelum sempat dibawa ke rumah sakit.

Banduan berusia 29 tahun tersebut divonis 17  tahun setengah penjara atas kes pembunuhan seorang lelaki muda. Banduan ini menikam korbannya ketika itu hingga sebanyak 57 kali.

Tindak jenayah terbaru ini terjadi di sebuah penjara di kota Kutab, sekitar 200 km dari kota Dushanbe. Negara pergunungan yang berada di wilayah Asia Tengah ini merupakan negara bekas Soviet termiskin. Sekitar 40 peratus populasi negara tersebut hidup dalam kemiskinan.

No comments:

Post a Comment