Tuesday, February 11, 2014

Beredar Video Tentera AS Tangkap Ajudan Osama bin Laden Hanya Dalam 58 Detik

 11 Feb 2014
 
news.com.au/CCTV
Washington - Beredar rakaman video operasi tentera Amerika Syarikat (AS) dalam membekuk anggota jaringan Al-Qaeda di Tripoli, Libya. Hanya dibperlukan waktu 58 detik bagi tentera AS untuk mencegat, menangkap dan membawa kalari lelaki yang disebut-sebut sebagai ajudan senior almarhom Osama bin Laden tersebut.

Video yang dipublikasikan oleh surat khabar AS, The Washington Post menunjukkan rakaman kamera pengintai atau CCTV yang terpasang di lingkungan rumah anggota Al-Qaeda yang dibekuk tersebut. Disebutkan bahawa rakaman tersebut menunjukkan operasi penangkapan Anas al-Libi yang menjadi buruan AS.

Al-Libi ditangkap pada 5 Oktober 2013 lalu di Tripoli, Libya oleh tentera khusus AS. Pemerintah Libya mengecam penangkapan tersebut dan menyebutnya sebagai tindakan penculikan.

Seperti dilansir news.com.au, Selasa (11/2/2014), rakaman video hitam-putih tersebut menunjukkan kereta warna gelap yang dipandu al-Libi berhenti di salah sebuah rumah pada pagi-pagi buta. Tak lama, muncul sebuah kereta van putih yang sepertinya memang mengekori kereta  al-Libi tersebut.

Van putih tersebut dengan cepat memepet kereta al-Libi dan dengan cepat 3 orang lelaki bersenjata melompat keluar kereta. Ada kereta kedua yang memblokir kereta al-Libi dari bagian depan, sedangkan kereta ketiga menunggu di hujung perempatan jalan tak jauh dari lokasi.

Dengan cepat lelaki-lelaki bersenjata tersebut membuka paksa kereta al-Libi dan mengeluarkannya dari dalam kereta. Lelaki yang diyakini al-Libi dipaksa masuk ke dalam  kereta van putih tersebut.

Kurang dari 2 minit, pasukan tentera AS langsung pergi meninggalkan lokasi sambil membawa al-Libi dan keretanya. Al-Libi menjadi buruan AS atas kes pengeboman sejumlah bangunan Kedutaan AS di negara-negara Afrika Timur pada tahun 1998 silam.
sumber dari detikNews

No comments:

Post a Comment