04 Feb 2014
Oleh Mary Victoria Dass dan Redzuan Muharam
Johor Bahru: “Saya sudah tua serta uzur, tapi saya berdoa
mudah-mudahan Allah panjangkan umur saya dan jika boleh, biarlah anak
saya yang mati dulu.”
Itu harapan warga emas dikenali sebagai Samsiah, 75, dari Tampoi,
di sini yang berdepan pelbagai kesukaran menjaga dua anak lelaki orang
kelainan upaya (OKU).
Samsiah berkata, dia bukan mahukan dua anaknya yang berusia 29 dan
55 tahun itu mati cepat, tapi bimbang tiada orang yang menjaga mereka
apabila dia meninggal dunia kelak.
“Saya amat menyayangi mereka serta tidak mahu mereka hidup menderita dan terbiar apabila saya sudah tiada. Kini, walaupun serba kekurangan, kami tidak sanggup berpisah dan akan terus menghadapi ujian Allah SWT ini bersama-sama,” katanya.

SAMSIAH bersama dua anaknya yang tidak mampu menguruskan diri.Samsiah berkata, nasib ketiga-tiga mereka umpama sudah jatuh ditimpa tangga kerana tidak lama selepas kehilangan ketua keluarga tiga tahun lalu, dia berdepan masalah kesihatan menyebabkan dia tidak mampu berjalan.
No comments:
Post a Comment