Tuesday, February 4, 2014

'Kenapa bekas SU politik menteri belum didakwa?'

04 Feb 2014
 
PAS mendesak Peguam Negara (AG) Tan Sri Gani Patail memberi penjelasan mengapa seorang bekas setiausaha politik dan seorang lagi pengarah syarikat yang didakwa pecah amanah melibat program 1Azam masih tidak didakwa.
Kedua-dua mereka didakwa pecah amanah melibatkan RM1.1 juta untuk program tersebut, manakala pengarah syarikat itu didakwa perkara yang sama dengan wang berjumlah RM1 juta.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, berdasarkan laporan pada 27 Januari lalu, kedua-dua mereka telah dikat jamin sebanyak RM50,000 dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan mereka akan didakwa pada 29 Januari.

"Sehingga hari ini kes ini masih belum didengar dan dibawa ke muka pengadilan di mana-mana mahkamah. Perkara ini juga disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas SPRM Datuk Johan Jaafar.

"Kita minta minta AG memberi penjelasan berhubung perkara ini. Amat pelik, isu wabak rasuah yang tidak dapat dikawal, tapi bila ditangkap dan disahkan ada kes, tiada pendakwaan," katanya dalam sidang medianya pagi ini. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment