Friday, February 7, 2014

BN kecam protes ayam, memburukkan lagi ketegangan kaum

OLEH EILEEN NG February 07, 2014
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (tengah) bersama beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Februari, 2014.Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (tengah) bersama beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Februari, 2014.Parti komponen Barisan Nasional menyertai orang awam dan Pakatan Rakyat dengan mengecam tindakan sekumpulan NGO Islam yang menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran kepada yang  berani menampar ahli parlimen pembangkang, kerana ia boleh memburukkan lagi ketegangan kaum.
Mereka berkata, walaupun tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerbitkan klip video Tahun Baru Cina perbuatan yang tidak bertanggungjawab, ia bukan alasan untuk kumpulan berkenaan bertindak berlebihan dan pihak berkuas aharu cekap bertindak terhadap kempen itu.
Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker, berkata protes tersebut adalah "tindakan memalukan" dan menggesa pihak berkuasa segera menegakkan undang-undang dan menghentikan Majlis Jemaah NGO Islam.

 Beliau berkata, walaupun rakyat diberi kebebasan menyuarakan perbezaan pendapat dalam negara demokrasi ini, ia bukan alasan untuk mengugut keselamatan mereka yang berbeza pendapat.
"Bukan sahaja ajakan untuk 'tampar Teresa' adalah kurang ajar, salah guna prinsip demokrasi dan berbau hasutan, ia juga bertentangan dengan hak manusia untuk bebas bahaya daripada semua aspek," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa NGO terbabit mematuhi Akta Perhimpunan Aman dan harus memberi polis notis 10 hari sebelum melangsungkan protes tersebut.
Ti berkata, tindakan NGO itu menyebabkan usaha 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sia-sia.
"Mereka tidak melambangkan ajaran sebenar Islam yang menggalakkan keamanan walaupun dengan orang yang mempunyai perbezaan pendapat," katanya.

Timbalan Presiden Gerakan, Dr Cheah Soon Hai, berkata tindakan NGO itu tidak seharusnya berlaku dan tidak patut digalakkan.
"Mungkin Kok terlanjur dengan klip videonya itu, tetapi kita tidak boleh terlalu sensitif dan bertindak secara berlebihan seperti itu," katanya.
Beliau menyokong cadangan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk consensus nasional diadakan bagi menenangkan ketegangan kaum dan tiada siapa yang patut dibenarkan untuk bertindak secara mengganas.
Ketua Belia MIC, C Sivarrajh, berkata polis harus bertindak bersendirian dan pihak luar seperti NGO tidak sepatutnya bertindak berlebihan sehingga menambahkan lagi ketegangan kaum.

"Kita tidak mahu menggalakkan perbuatan tersebut. Saya tidak faham mengapa mereka harus bertindak sebegitu," katanya.
Beliau berkata, menteri Umno turut menjauhi perbuatan NGO itu.
"Saya bercakap dengan beberapa menteri Umno dan mereka memaklumkan tiada kaitan dengan mereka dan tidak menyokong protes tersebut," katanya.

Dalam protes yang diadakan semalam, kumpulan Majlis Jemaah Islam NGO menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran RM1,200 kepada mereka yang berani untuk menampar Kok bagi menunjukkan kemarahan terhadap ahli Parlimen itu kerana didakwa menghina Islam dan Melayu.
Kumpulan tersebut turut melumurkan darah ayam yang disembelih itu pada sepanduk yang tertera gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen PKR di Machang Bubuk, Lee Khai Loon.
Fokus mereka adalah kepada video Tahun Baru Cina Kok yang bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014".

Pada mulanya kumpulan itu menawarkan ganjaran RM500 untuk menampar Kok dan menunjukkan bukti gambar tamparan itu. Jumlah ganjaran dinaikkan apabila 50 peserta perhimpunan tersebut mengumpulkan duit sesama sendiri dan mengumpulkan RM1,200.
Ketua kumpulan, Zulkifli Sharif, berkata penyembelihan ayam dan lumur darah itu merupakan gambaran "pertumpahan darah" pada rusuhan kaum 13 Mei, 1969.

"Ia lambang kepada insiden pertumpahan darah tersebut. Ini bermakna kita memberi amaran kepada Teresa Kok untuk tidak memprovokasi dan melakukan sesuatu yang mengugut keamanan dan perasaan bangsa Melayu," katanya.
Kok dan enam penyokongnya membuat laporan polis terhadap NGO tersebut dan menggesa polis  segera bertindak ke atas mereka kerana ia melibatkan keselamatan dirinya. – 7 Februari, 2014. The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment