23 Feb 2014
Ketua Wira NGO pendesak Melayu PERKASA
Irwan Fahmi Ideris membidas MP Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed yang
mendakwa NGO itu "alat bagi Umno" dengan menyifatkan pemimpin Umno itu
sebagai "bodoh sombong".
Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, Irwan menegaskan NGO itu ditubuhkan antaranya untuk mempertahan Islam, hak keistimewaan Melayu dan memperkasa kedaulatan Raja Melayu serta tidak memerlukan sesiapapun untuk dijinakkan.
Irwan
turut menempelak Nur Jazlan yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) supaya tutup mulut jika berpolitik atas dasar
kepentingan individu dan bukan untuk bangsa dan agama.
"PERKASA bukan binatang untuk dijinakkan. Beliau harus faham akan matlamat PERKASA ditubuhkan.
"PERKASA tidak pernah memanggil atau memaksa ahli ahli Umno untuk menyertai PERKASA tetapi ada pelbagai alasan kenapa ahli Umno tersebut menyertai PERKASA," katanya.
Irwan mengulas kenyataan Nur Jazlan dalam temubualnya akhbar mingguan The Heat yang mendakwa NGO itu sebagai "taktik pemesong" untuk Umno melibatkan isu tertentu.
Dalam kenyataannya petang ini, Irwan mendakwa Umno tidak mampu lagi membela nasib orang Melayu seratus peratus dan sikap pemimpin Umno itu termasuk Nur Jazlan mengundang kekecewaan mereka.
Sebaliknya, Irwan berkata Nur Jazlan sepatutnya memikirkan isu yang lebih membawa kebaikan dan keuntungan kepada Melayu itu sendiri dan tidak menunding jari terhadap kaum Melayu yang sama.
"Jika masih ada lagi pemimpin yang masih bodoh sombong seperti beliau, kami Wira Perkasa Malaysia merasakan Umno bakal menghadapi hari yang kelam dalam menghadapi PRU yang ke 14 nanti.
"Orang Melayu sekarang sudah tahu menilai bukan lagi boleh digula- gulakan.
"Justifikasikan bagaimana orang Melayu dan Pribumi dapat bersatu dalam mengekalkan kuasa orang Melayu yang dominan bukan mencari jalan untuk memusnahkannya," kata Irwan.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment