London: Seorang
remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan
anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.
Dalam
inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan
penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu.
Menurut
Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan
sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan
pihak berkuasa.
Namun,
katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak
menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela
penyerang.
Shaista
menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes
dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan
dengan segera.
“Kejadian
itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa
serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul
secara berkumpulan,” katanya.
Laporan
diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan
daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa
penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain.
Shaista
turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi
di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia
yang menyerang remaja kulit putih.
“Ramai
orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan
Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,”
katanya.
Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan.
Hakim
John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis
dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun.
Empat
daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua
daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi
berbangsa Inggeris.
Tahun
lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan -
dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak.
Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama.
Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat.
Apabila
kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa
ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan
berpanjangan.- Agensi/hmetro
No comments:
Post a Comment