14 Feb 2014
Sebuah karya yang ditarik balik daripada
satu pameran Rabu lalu, dipercayai kerana mengandungi konotasi tidak
baik, sebaliknya mendapat pujian dalam katalog rasminya sebagai suatu
pembelajaran tentang kegelinciran makna dalam mentafsir tanda-tanda
budayadan bahasa visual.
Menurut katalog rasmi peraduan Bakat Muda Sezaman (BMS'13) yang membariskan finalis pertandingan seni perdana itu, menganggapnya sebagai sebagai "satu contoh aksi kajian budaya".
Karya Izat Arif Saiful Bahri yang bertajuk 'Insert#' memaparkan
baju-T sutera memaparkan huruf jawi 'fa' dan 'qof' digantung dengan penyangkut baju di rak. Ia pada asalnya bermula sebagai "satu bentuk gurauan".
"Dengan 'memakai' karyanya sebagai suatu bentuk seni aksi di beberapa lokasi dan dengan meletakkan karyanya di sebuah ruang kedai geleri, Izat telah menjadikan aksinya suatu pembelajaran tentang kegelinciran makna dalam mentafsir tanda-tanda budaya dan bahasa visual.
"Tanpa perlu bergantung pada karya ringkas ini sebagai satu-satunya sumber makna, perhatian kita telah dianjak kepada diri kita sendiri sebagai audien dan pembaca aktif tanda-tanda dan bahasa visual," katalog itu dipetik.
Menurut katalog itu lagi, kegelinciran makna sebegini semakin ketara apabila kita sentiasa dikelilingi oleh pertembungan semiotik pasca-strukturalisme masyarakat pelbagai budaya.
"Makna sentiasa bertukar ganti bergantung pada ruang serta konteks yang sering berubah.
"Tanpa perlu bergantung pada karya ringkas ini sebagai satu-satunya sumber makna, perhatian kita telah dianjak kepada diri kita sendiri sebagai audien dan pembaca aktif tanda-tanda dan bahasa visual," tegasnya.
Dalam kes ini, menurut katalog itu lagi, aksi Izat berkait dengan budaya pemakaian baju-T di kalangan hipster urban yang muda.
Katanya, penggunaan bebas krip Jawi boleh dianggap sebagai cerminan terhadap sikap tidak ambil berat dan tidak sensitif di kalangan segelintir hipster muda Melayu dari latar belakang kelas pertengahan berpendidikan Barat.
"Dari segi yang lain pula ia boleh juga dianggap sebagai satu bentuk penyegaran semula tulisan Jawi masakini, terutama untuk mempopularkannya di kalangan generasi muda yang gemar memakai baju-T," tambahnya.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment