09 Feb 2014
Beijing: Seorang wanita ditahan semalam kerana memotong kedua-dua telinga dan mengelar rahang anak saudaranya hanya kerana berselisih faham dengan ibu bapa mangsa.
Zhang Qihui, 35, ditahan selepas mencederakan mangsa yang berusia enam tahun.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, kejadian berlaku di Hubei pada 28 Januari lalu, tetapi Zhang hanya ditangkap semalam.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, kejadian berlaku di Hubei pada 28 Januari lalu, tetapi Zhang hanya ditangkap semalam.
Xinhua melaporkan, ayah budak lelaki terbabit (yang tidak disiarkan identitinya) enggan meminjamkan wang kepada adiknya yang juga suami Zhang.
GAMBAR mangsa yang disebarkan di laman sosial menimbulkan kemarahan pengguna Internet.
Wang itu diperlukan bagi membantu pasangan suami isteri terbabit membina rumah.
Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada kegagalan meminjam wang menjadi punca Zhang menyerang mangsa.myMetro
Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada kegagalan meminjam wang menjadi punca Zhang menyerang mangsa.myMetro
No comments:
Post a Comment