Sunday, February 9, 2014

Mejar Zaidi yang berani. Tabik !

GREENBOC


Suami saya hanya pertahan haknya”

KUALA LUMPUR 8 FEB: Shafinah Abdul Hamid, isteri kepada Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa atas tujuh tuduhan oleh Mahkamah TUDM kerana dikatakan menghantar SMS berbaur politik dan hasutan berkata, apa yang dilakukan suaminya adalah hak sebagai rakyat Malaysia.

Beliau ketika ditemui di perkarangan Mahkamah TUDM semalam menyatakan sokongan penuh kepada suaminya dan menyifatkan tindakan mendedahkan isu dakwat kekal merupakan hak suaminya sebagai pengundi.

“Itu hak dia sebagai rakyat Malaysia. Dia (Mejar Zaidi) tahu apa yang akan berlaku jika buat pendedahan.

“Tapi baginya itu adalah hak dia untuk menyatakan pendirian sebagai pengundi,” kata Shafinah.

Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang segak beruniform hanya tersenyum sambil membuat simbol aman (peace) dengan tangan sebaik selesai prosiding pertuduhan di mahkamah, semalam.

“Saya tak boleh komen apa-apa,” katanya ringkas sambil tersenyum.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mejar Zaidi didakwa “di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013 melanggar Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961, Discipline and Security – Communication of Information and Publication of Articles by Members of the Armed Forces,” di bawah Para 5 dan Para 13.

Beliau didakwa “dengan membuat kenyataan media untuk menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara tersebut disiasat melalui saluran angkatan tentera”

Manakala dibawah Para 13 beliau didakwa “dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pertahanan”.

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, beliau di Taman Bertam Indah pada 3 Mei 2013 didakwa melanggar perintah yang sama di bawah Para 5 dan Para 13 serta satu lagi kesalahan di bawah Para 3, iaitu “dengan menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Angkatan Tentera”.

Bagi pertuduhan keenam, beliau semasa bertugas di Pangkalan Udara Butterworth pada 1 Mei 2013 didakwa “telah melanggar perintah tetap pengkalan iaitu Perintah Bahagian 2 Perintah No 51, dengan menghantar khidmat pesanan ringkas berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan “Ayuh mempertahankan ibu pertiwi dri djajah oleh penipu dan perasuah, jgn jd bacul dan nnt anak cucu kencing d atas kubur kita” iaitu suatu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui.”

Bagi pertuduhan keenam pula beliau dituduh melakukan kesalahan serupa dengan kandungan SMS berikut “Sama2 lah kita berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua serta dilindungi negara kita yang tercinta ini dari diperintah oleh SIPENZALIM, PEMFITNAH, PERASUAH, PENIPU DAN PENGANJUR PGRM2 MAKSIAT”.  KD 09 Feb 2014

2 comments: