Sudah sampai masanya
perkataan bangsa dibuang daripada semua borang rasmi di negara ini bagi
membentuk satu identiti nasional, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau berkata, sedih melihat rakyat Malaysia masih dipisahkan oleh
bangsa dan agama selepas lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan.
"Mungkin sampai waktunya kita membuang keperluan untuk meletakkan bangsa dalam semua borang di negara ini.
"Tetapi ia terserah kepada ahli majlis yang lebih tahu apa yang hendak
dicadangkan kepada kerajaan," katanya ketika merasmikan dialog pertama
Majlis Konsultatif Perpaduan Nasional (MKPN) yang pertama di negara ini.
Kurup yang juga menteri yang bertanggungjawab kepada perpaduan juga
berkata, bila lagi rakyat mahu melihat diri mereka sebagai orang
Malaysia, bukan atas nama bangsa. – 22 Februari, 2014.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment