22 Feb 2014
Seorang lelaki disyaki menculik dan membakar tiga anak saudaranya
hingga mati kerana cemburu dengan dua adik lelakinya yang sudah
berkahwin.
Mayat Akshaya, 9, Suri, 6, dan Khushi, 4, yang rentung ditemui
berhampiran sebuah kolej kejuruteraan tidak jauh dari bandar Nizamabad,
Andhra Pradesh, tempat keluarga mangsa menghadiri majlis perkahwinan
Rabu lalu.
Polis turut menemui sebotol minyak tanah di tempat kejadian.
“Jelas sekali ini adalah satu kes pembunuhan,” kata Superintendan polis Nizamabad, Tarun Joshi ketika ditemui, semalam.
Tiga kanak-kanak perempuan itu hilang pada tengah hari dan kira-kira
jam 10.30 malam, ahli keluarga menerima panggilan telefon daripada bapa
saudara mereka, Narendra Reddy, 37, yang memberitahu dia berada di
bandar Basser dan ingin membunuh diri.
Ahli keluarga yang panik kemudian menghubungi polis.
Ahli keluarga yang panik kemudian menghubungi polis.
Reddy dilapor memperdaya anak saudaranya dengan coklat dan memberitahu
keluarga yang dia sedih kerana belum berkahwin seperti dua adik
lelakinya, lapor akhbar The Times of India.
Polis hingga semalam
masih belum mengetahui di mana Reddy berada tetapi jam tangan dan
seliparnya ditemui berhampiran sebuah jambatan.
Ahli
keluarga yang terkejut dengan kejadian berkenaan berkata, mereka tidak
menyisihkannya tetapi berpendapat dia bertindak demikian kerana cemburu
dengan adik lelakinya.
Mangsa yang mati ialah cucu seorang pemimpin masyarakat peladang.myMetro
No comments:
Post a Comment