KUALA LUMPUR - Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun sedia untuk berdepan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, walaupun tugas yang berat, namun beliau yakin dapat menjalankan amanah parti dengan sebaik mungkin bagi mendapat sokongan.
“Saya tidak takut dengan Anwar, saya sedia berdepan dengannya kerana dipilih sebagai calon PRK Dun Kajang.
“Saya rasa terpanggil untuk memikul amanah dan tanggungjawab ini bagi menegakkan dan menghormati semangat demokrasi yang dipersendakan PR,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Sehubungan itu katanya, beliau menyeru kepada rakyat Kajang supaya memberikan peluang kepadanya untuk menjadi wakil MCA di Dun Selangor.
“Ini peluang pengundi-pengundi Kajang memilih Adun MCA supaya pembangkang Selangor dapat menyatupadukan kekuatan bagi mendengar suara segenap lapisan masyarakat dalam Dun Selangor.
“Ia juga dapat memperkuatkan parti pembangkang untuk menjadi check and balance kepada kerajaan PR di Selangor,” katanya.
Dalam pada itu, Mei Fun turut berikrar akan memberikan khidmat terbaik sekiranya beliau diberi kemenangan.
“Berdasarkan rekod saya sebagai bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara, saya akan terus menjadi wakil rakyat yang mudah didampingi dan dihubungi rakyat.
“Saya juga akan menggalas dan memikul tanggungjawab sendiri terhadap pengundi dan bukannya mengharapkan pembantu atau setiausaha saya,” jelasnya.

No comments:
Post a Comment