Washington - Sesosok mayat lelaki
ditemui dalam ruang roda pesawat Airbus A340 milik syarikat
penerbangan Afrika Selatan. Pihak keselamatan setempat masih menyiasat
kes 'aneh' ini.
Seperti diberitakan news.com.au, Ahad (16/2/2014), pesawat milik South African Airways itu mendarat di Dulles International Airport di Amerika Syarikat. Mayat tersebut ditemui olehjuru teknik lapangan terbang ketika sedang memarkirkan pesawat itu.
Belum ada keterangan resmi soal asal pesawat yang berasal Afrika Selatan tersebut.
Pihak polis lapangan terbang, pasukan bomba, FBI, petugas beacukai langsung menuju ke lokasi penemuan mayat. Sementara itu, pihak keselamatan setempat yang memegang kes ini mengatakan masih terus melakukan investigasi.
Penemuan mayat ini tidak menganggu jadual penerbangan di Lapangan Terbang Dulles, iaitu lapangan terbang tersibuk di Amerika Syarikat dan hanya berjarak 25 batu dari Washington DC.

No comments:
Post a Comment