Thursday, February 13, 2014

NGO Islam teruskan tawaran tampar Teresa Kok. Ini mungkin disebabkan menteri kata ianya bukan ancaman

OLEH SHERIDAN MAHAVERA February 13, 2014
Duduk dari kiri, Presiden Api, Datuk Aziz Nani; Setiausaha Agung Perkib dan Permas, Zulkifly Sharif; Presiden Perkib, Drs Mohd Mokhtar Ghazali dan Mohd Khairul Azam Aziz daripada Azam Aziz & Co pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 Februari, 2014.Duduk dari kiri, Presiden Api, Datuk Aziz Nani; Setiausaha Agung Perkib dan Permas, Zulkifly Sharif; Presiden Perkib, Drs Mohd Mokhtar Ghazali dan Mohd Khairul Azam Aziz daripada Azam Aziz & Co pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 Februari, 2014.Kumpulan NGO Islam yang menawarkan habuan RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mempertahan tawaran tersebut walaupun polis sedang menyiasat mereka.
Kumpulan itu berkata, tawaran tersebut adalah "simbolik" dan tidak mempunyai elemen jenayah kerana ia bukan ancaman fizikal seperti didakwa oleh pakar undang-undang.

Jurucakap kumpulan tersebut, Zulkifli Sharif, berkata tawaran tersebut adalah lumayan kerana memberi imbuhan kepada sesiapa yang memberi bukti menampar Kok.
"Kami sedia hadapi tindakan undang-undang," katanya pada dalam sidang media di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. - 13 Februari 2014.

No comments:

Post a Comment