Sebanyak 117 kerusi Parlimen.
Itulah jumlah kerusi yang sepatutnya dimenangi Pakatan Rakyat (PR)
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu daripada semua 222 kerusi
Parlimen yang mengandungi bilangan pengundi dan kuasa setiap undi adalah
sama, kata kumpulan pemerhati pilihan raya hari ini.
Tindak Malaysia berkata, keputusan alternatif pilihan raya umum itu
adalah berdasarkan persempadanan peta pilihan raya di seluruh negara
yang disusun semula pengundi di setiap negeri supaya setiap kawasan
mempunyai bilangan pengundi hampir sama.
Pengasas bersama kumpulan itu Ng Chak Ngoon berkata kumpulan itu
kemudian mengkaji corak pengundi pada PRU13 yang dilakar semula pada
peta.
Pilihan raya 5 Mei lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 133
kerusi berbanding 89 kerusi bagi PR walaupun pakatan pembangkang
memenangi 51% undi popular. – 15 Februari, 2014.
No comments:
Post a Comment