26 Feb 2014
Changsha (China): Seorang lelaki terpaksa melalui pengalaman
menyakitkan ketika doktor mengeluarkan 42 butir permata dari badannya
selepas dia diperdaya ‘pakar perubatan’ alternatif.
Zou Feng - dari wilayah Hunan - berkata, selepas mengadu sakit
belakang seorang jiran menyarankan dia bertemu seorang tokoh yang mahir
dalam perubatan tradisional.
Lelaki berusia 61 tahun itu mengunjungi ‘pakar’ terbabit pada 2011
dan diberitahu penyakitnya itu luar biasa sehingga ia hanya boleh
disembuhkan dengan menanam permata di bawah kulitnya.
Kata Zou, ‘pakar’ berkenaan membuat tebukan kecil pada kulit dan memasukkan permata itu sebelum luka berkenaan dijahit.
Kata Zou, ‘pakar’ berkenaan membuat tebukan kecil pada kulit dan memasukkan permata itu sebelum luka berkenaan dijahit.
ZOU menjalani pembedahan membuang 42 butir permata dari badannya.“Pesakit lain berkata, kaedah itu berkesan dan saya mahu mencubanya.
“Memang pada peringkat awal selepas dia memasukkan 42 butir permata ke dalam badan, saya berasa sedikit lega,” katanya.
Bagaimanapun, Zou mula menghadapi masalah baru - dia sukar berjalan dan bukan saja belakangnya sakit, malah semua sendi.
Bimbang keadaan semakin parah, Zou pergi semula ke klinik ‘pakar’ berkenaan tetapi kecewa apabila orang yang dicari sudah berpindah.
“Justeru, saya pergi mendapatkan rawatan di hospital biasa,” katanya.
Sementara itu, Dr Sying Wan dari Hospital Ortopedik Nianlun di ibu negeri Hunan, Changsha berkata, dia tidak pernah menemui kes seperti dialami Zou.
“Mula-mula saya tak tahu apa objek ada dalam badan Zou ketika melihat salinan x-ray sehinggalah dia menceritakan apa yang berlaku,” katanya.
Menurut Dr Sying, setiap butir permata itu menyebabkan tulang Zou mati, termasuk di sendi pinggulnya yang tidak dapat diselamatkan.- Agensi/ myMetro
No comments:
Post a Comment