Tuesday, February 18, 2014

Selangor mampu beri air percuma kepada penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya, kata Khalid Ibrahim

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
February 18, 2014

Kerajaan negeri Selangor mampu untuk memberikan air percuma kepada penduduk Putrajaya dan Kuala Lumpur sekiranya kerajaan pusat membenarkan mereka melaksanakan program  penstrukturan air mereka, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).

Menurut menteri besar Selangor penggal kedua itu, penstrukturan air kerajaan negeri akan melibatkan pengambilalihan empat syarikat swasta yang akan membenarkan dana RM2 bilion diperlukan untuk memberikan 20 meter padu air bagi setiap rumah di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Ini sebahagian daripada tawaran kami untuk mendapatkan sokongan penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya. 
"Sebahagian daripada program penstrukturan kami," kata Abdul Khalid selepas menghadiri seminar air dan tenaga di Kuala Lumpur hari ini. – 18 Februari, 2014.
The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment