- HAZAYANI ZAKARIA
Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat berkata, tawaran tersebut sangat membahayakan kerana satu cara menggalakkan orang ramai melakukan jenayah selain memburukkan imej NGO Islam.
"Saya anggap ini suatu tindakan yang memalukan kerana dilakukan oleh NGO Islam dan Islam tidak mengajar orang dengan cara begitu.
"Bila mereka tawar nak bagi RM500 kemudian tambah jadi RM1,200 kepada sesiapa yang dapat menampar Teresa, bayangkan kalau aksi itu dibuat kerana nak dapat duit, itu akan mengundang bahaya dan satu jenayah," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Semalam, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia menaikkan tawaran daripada RM 500 kepada RM1,200 kepada orang ramai yang menampar Teresa ekoran kontroversi video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Suhaizan turut mengecam tindakan mereka menyembelih ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin DAP dan PKR.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan tidak berfaedah.
"Apa yang mereka dapat bila lumur darah ayam pada kain rentang pimpinan Pakatan? Apa yang mereka dapat?
"Apakah tak ada cara lain untuk menegur pemimpin kalau pemimpin itu barangkali melakukan perkara tak baik?
"Kalau lumur dengan darah ayam apa yang dia dapat selain menimbulkan kemarahan?" soalnya.
Sementara itu, Exco Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee berkata, individu yang membuat tawaran itu boleh didakwa di bawah Seksyen 507 kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
"Kalau ada laporan polis, orang yang buat tawaran itu boleh didakwa di bawah Seksyen 507 kerana melakukan ugutan janayah kepada orang lain," katanya yang juga Pengarah Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Malaysia.
No comments:
Post a Comment