Bekas
menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) hari
ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen
TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor
menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof,
membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes
kebarangkalian yang seimbang.
"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini
akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.
Arif berkata Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.
Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya
membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.
"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.
Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.
Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.
Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan
justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan
kedua-dua belah pihak.
"Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan
justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh
itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang," katanya
dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.
Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.
Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United
Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak
mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia
tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang
komen daripadanya.
Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu
mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya.
Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap
Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di
atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam
beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada
Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah
Johor.
Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan
Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada
kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan
akan didengar di mahkamah pada 7 Jun. – 25 Februari, 2014
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment