Wednesday, March 26, 2014

Akhbar Belgium dikecam hebat kerana memuatkan gambar Obama dan isterinya Michelle Obama sebagai kera

 Rabu, 26 March 2014 

 
Twitter Penulis Belgiaum kelahiran Nigeria, Chika Unigwe, menyebarkan ke Twitter gambar  Obama dan isterinya Michelle Obama sebagai kera yang dimuat di sebuah harian Belgium.

KOMPAS.com — Sebuah akhbar Belgium dikecam kerana memuatkan gambar yang memperlihatkan Presiden Barack Obama dan isterinya, Michelle Obama, sebagai kera. Harian progresif bernama De Morgen itu dituduh melakukan rasisme terkait gambar serta artikel yang menyertai gambar tersebut. Gambar dan artikel ini diterbitkan sesaat sebelum kunjungan Obama ke Belanda, Isnin (24/3/2014) pagi.

Gambar tersebut dengan jelas memperlihatkan pasangan itu sebagai dua ekor kera, sebuah keputusan editorial yang dikecam sebagai "omong kosong rasial".

Menurut laporan, artikel tersebut merupakan sebahagian dari sebuah satir yang juga, dalam nada gurauan, menampilkan Obama sedang menjual ganja. Harian tersebut mengemas foto-foto itu seolah-olah telah disampaikan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor Metro, Ahad.

Sejumlah gambar disertai keterangan bahawa, "Vladimir Putin adalah presiden Rusia. Dia mengirim lampiran ini kepada kami atas permintaan kami, dan memilih untuk mengirim gambar ketimbang teks kerana dia tidak punya banyak waktu," lapor Independent.

Walau artikel itu membuat banyak pembaca marah, ada juga pembaca yang membela akhbar tersebut. "Itu cuma gurauan," kata salah seorang pengguna Reddit. "Dalam pembelaan mereka, ada banyak gambar dan t-shirt tentang Bush yang digambarkan sebagai kera," tulis seorang pengguna lain.

De Morgen meminta maaf atas gambar itu pada edisi Isnin. Akhbar itu mengakui bahawa hal tersebut merupakan kesalahan kerana "selera yang buruk."

"Ketika anda menilai fragmen itu terpisah dari konteksnya, yang merupakan bahagian dari sebuah satir, maka anda tidak melihat lelucon, tetapi gambar yang membangkitkan rasisme semata," kata akhbar itu. "Kami secara keliru mengasumsikan bahawa rasisme tidak lagi diterima, dan bahawa itu boleh menjadi subjek sebuah lelucon."

Editor : Egidius Patnistik
Sumber: The Huffington Post

No comments:

Post a Comment