Wednesday, March 12, 2014

"I'm Safe", Status Facebook Terakhir Remaja Iran Penumpang MAS MH370

12 Mac 2014
 
Facebook Pouria Nourmohammadi
Iran - Para keluarga serta teman remaja Iran yang menggunakan pasport curian di pesawat Malaysia Airlines MH 370 mendoakan yang terbaik untuk keselamatannya. Pouria Nourmohammadi merancang  untuk menemui   Ibunya yang ketika  ini berada di Jerman. "I'm Safe" menjadi status terakhir yang diposting remaja 19 tahun tersebut di jejaring sosial Facebook.

Seperti laporan Time, Rabu (12/3/2014), status terakhir yang diunggah Nourmohammadi menyebutkan bahawa dirinya merasa senang. Perjalanan panjang yang dia lakukan akan membawanya ke Jerman menemui   Ibunda untuk memulai hidup baru di sana.

Namun sayang, perjalanan tersebut harus berakhir tragidi. Pesawat yang ditumpanginya, Malaysia Airlines MH 370, menghilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing yang membawa 239 penumpang. 5 hari telah berlalu, namun belum ditemui  tanda-tanda keberadaan Boeing 777-200 tersebut walaupun pencarian intensif masih terus dilakukan.

Sebelum terbang, Nourmohammadi dalam akaun Facebook-nya mengatakan bahawa dirinya akan melakukan perjalanan yang sangat jauh untuk merubah hidupnya. Dalam postingannya, dia menulis "Kerana beberapa alasan, akaun ini akan saya matikan. Tolong maafkan saya apabila pernah melakukan hal yang buruk, kerana..." tulisan tersebut diposting pada 24 Februari.

Tak lama setelah menulis permintaan maafnya, remaja itu memposting foto dirinya yang berada di Malaysia dengan Menara Petronas sebagai latar belakang foto. Gambar tersebut menyedarkan teman-temannya bahawa Nourmohammadi telah meninggalkan Iran.

"Jadi kamu telah pergi?" tulis seorang teman pada 4 Mac. "Apakah kamu akan kembali?"

“Tidak,” balas Nourmohammadi.

Penemuan dua warga negara Iran yang bepergian menggunakan pasport curian di  Pesawat Malaysia Airlines menambah kecurigaan pihak keselamatan terhadap hijack oleh pengganas. Namun, Sekjen Interpol Ronald Noble dalam konferensi pers nya telah mengesahkan bahawa Nourmohammadi (19) dan Seyed Hamid Reza Delavar (29) 'kemungkinan bukan pengganas'.

Ketua Polis Malaysia Khalid Abu Bakar pada Selasa (11/3) telah bertemu dengan ibu Nourmohammadi di Frankfurt dan dia percaya remaja tersebut berusaha pergi ke Eropah sebagai pencari suaka. Kerana keadaan ekonomi dan tekanan kondisi keluarganya membuat pemuda itu memilih untuk melakukan perjalanan beresiko.

Nourmohammadi meninggalkan Iran memakai pasport resminya. Namun dia menggunakan pasport  Austria curian ketika tiba di Kuala Lumpur

detikNews

No comments:

Post a Comment