Malaysiakini March 19 2014
Sebanyak 1,197 anggota polis dan pasangan mereka
hari ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan
raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang berlangsung di
kawasan itu.
Proses pengundian bermula 8 pagi hingga 5 petang menerusi tiga saluran iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK DUN Kajang, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu PRK Kuala Besut di Terengganu dan Sungai Limau di Kedah.
PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Jan lepas.
Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili BN bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa.
-Bernama

No comments:
Post a Comment