- Kamaruzzaman Abdullah
KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) menafikan
terdapat usaha dari Pas untuk mengkhianati calon PKR yang bertanding
dalam dua pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan Balingian.
Ketuanya, Kamaruzzaman Abdullah berkata, isu yang mengaitkan Pas tidak akan memberi kerjasama kerana berang dengan tindakan bekas calon PKR dari negeri ini, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah mengarut.
Menurutnya, perkara itu tidak timbul sama sekali kerana pendirian kedua-dua parti sejak dari awal melihat isu saman itu tidak lebih daripada isu peribadi dan langsung tiada kaitan dengan parti.
“Isu ini karut. Kita adalah parti yang berpegang teguh dengan tahalluf siyasi selagi tiada pengkhianatan. Isu saman itu adalah masalah peribadi dan bukan parti, lainlah kalau ia melibatkan parti.
“Begitu juga dengan isu untuk boikot PRK Dun Kajang yang dibangkitkan sebelum ini. Perkara itu juga tidak timbul. Semuanya bersatu untuk memenangkan calon PR,” katanya kepada Sinar Harian.
Kamaruzzaman berkata, walaupun sebelum ini timbul desas-desus untuk memboikot PRK Dun Kajang, namun ia adalah salah faham sehingga memperlihatkan pihak tertentu dalam Pas benar-benar mahu bertindak sedemikian.
Katanya, kesempatan tersebut cuba dikeruhkan pihak lawan untuk melaga-lagakan antara satu sama lain lebih-lebih lagi Kajang dan Balingian, masing-masing sedang melalui tempoh kempen pilihan raya.
"Kita sedar isu sedemikian masih dimainkan BN untuk memperlihatkan ketidaksefahaman antara Pas dan PKR, sedangkan situasi sebenar adalah berbeza sama sekali dan Pas sendiri menunjukkan komitmen yang baik untuk membantu memenangkan calon PR di Dun Kajang," katanya.

No comments:
Post a Comment