12 Mac 2014
Lelaki berusia 23 tahun itu, dikenali oleh teman-temannya sebagai 'Raja
Daerah Nazeem', muncul dalam berbagai video diunggah di YouTube
sedang melakukan aksi berbahaya dengan keretanya bahkan di jalan raya,
seperti dilansir stesyen televisyen Al Arabiya, Selasa (11/3).
Di salah satu video, dia dan dua temannya terlihat memegang senapang
mesin(machinegun) dan melepaskan tembakan ke udara ketika siang hari. Dia juga
dituduh menjadi penyebab kematian salah saeorang anak muda yang berada di
dalam keetanya sketika dia melakukan aksi berbahaya.
Ramai penduduk di Riyadh mengungkapkan kekhuatirannya dan takut
dengan perilaku sembrono plelaki yang kerap mengabaikan keselamatan umum itu.
Panel terdiri dari tiga hakim tidak menuruti permintaan Pendakwaraya
untuk menghukum mati lelaki tidak disebutkan identitinya itu, di mana
dua dari tiga hakim menolak tuntutan itu.
Namun, Pendakwaan Agung Saudi keberatan dengan keputusan mahkamah
dan menuntut kes itu disemak kembali, serta berkeras agar terdakwa
dihukum mati kerana tindakannya yang telah membunuh seorang lelaki.
Pada November 2012 polis Riyadh sedang menyamar menangkap lelaki itu,
ketika dia bersembunyi di dalam sebuah rumah di pinggiran Riyadh.
Di dalam rumah itu, polis menyita 21 tayar dan berbagai macam alat
serta plat palsu yang dia gunakan untuk mengalihkan perhatian polis .Polis
juga menemui kad pengenalan palsu dan dokumen lainnya. Videonya di bawah
No comments:
Post a Comment