Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui menghadap Sultan
Selangor memaklumkan pendiriannya untuk tidak meletak jawatan sebagai
menteri besar. Gambar fail.Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui beliau sudah menghadap Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan berhubung
pendiriannya untuk tidak meletakkan jawatannya.Pengakuan Khalid itu mengesahkan spekulasi bahawa menteri besar itu menghadap sultan sejurus selepas menerima surat arahan peletakan jawatan daripada partinya pada awal Februari lalu.
Khalid juga mengakui memberi penjelasan bahawa beliau tidak berganjak daripada keputusannya untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor kepada exco serta barisan kepimpinannya.
Beliau berkata demikian dipercayai sebagai merujuk kepada pendiriannya untuk tetap menjadi pemerintah negeri Selangor.
Minggu lalu, Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PRK dalam pemilihan parti itu April nanti.
Cakap-cakap menyatakan keputusan beliau bertanding itu adalah untuk
memberi amaran kepada pimpinan parti bahawa beliau tidak akan berundur
daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor. – 7 Mac, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment