Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Muhaamad Hafis Nawawi dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Ampang: Dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan
termasuk seorang daripadanya dicucuh bara rokok pada kemaluan akibat
deraan bapa kandung dalam dua kejadian berasingan yang dikesan polis di
Tasik Permai dan Tasik Tambahan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian di Tasik Permai, seorang kanak-kanak perempuan
berusia lima tahun didera bapanya dipercayai sejak lebih setahun lalu
dan ibunya turut merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika
membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Sumber polis berkata, kejadian itu hanya terbongkar selepas seorang
jiran yang simpati nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA) jam 5
petang kelmarin.
Menurutnya, wanita berusia 40-an itu memberanikan diri membawa mangsa ke HA biarpun pada mulanya usaha itu dihalang ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya.
Menurutnya, wanita berusia 40-an itu memberanikan diri membawa mangsa ke HA biarpun pada mulanya usaha itu dihalang ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya.

“Jiran itu bertindak demikian selepas kasihan melihat penderitaan mangsa yang cedera teruk kerana sering didera bapanya dipercayai sejak setahun lalu. myMetro
No comments:
Post a Comment