Saturday, March 15, 2014

Konspirasi lagi.....,pesawat MAS MH370 di bawa ke Pengkalan Tentera USA, Diego Garcia,Lautan Hindi.???


Semakin pelik pesawat boeing 777-200 MH370 boleh menembusi  sistem radar  banyak  negara.Keselamatan negara Asean khususnya semakin jelas mudah terancam. Apabila pesawat bukan tentera pun boleh masuk ke ruang negara lain tanpa dikesan, jelas benteng pertahanan udara kebanyakan negara Asean "bocor". 

Semakin pelik sebuah portal carbaltimes melapor : Pesawat MH370 membuat  pusingan  U(patah balik) dan pergi ke Pengkalan Tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia,Lautan Hindi."But that’s not the only sign that Flight 370 was trying to hide its whereabouts. Immediately  after shutting off its transponders, Flight 370 made a U-turn and headed in the direction of Diego Garcia, crossing Malaysia in the process. If there indeed had been a massive technical failure, the crew would have tried to safely ditch the plane at sea, not return to Malaysia.

Berita lanjut disini:



Was Malaysia Airlines Flight 370 Redirected to Diego Garcia?

 Baca jugak di bawah

Malaysia Airlines (Foto:Reuters) 
  TEHERAN - Seorang anggota Parlimen Iran mengeluarkan pernyataan mengejutkan. Hossein Naghavi Hosseini menyebut Amerika Syarikat  telah menculik Malaysia Airlines MH370.

Menurut lelaki yang berasal dari Komisi Kebijakan Luar Negeri Iran, tindakan AS menculik MH370 adalah untuk melakukan sabotaj hubungan dengan Iran, China, dan negara Asia Tenggara.

Tidak hanya itu, Hossien menyatakan, tuduhan bahawa WN Iran yang menjadi penumpang dan menggunakan pasport curian hanya tipu AS saja. Menurutnya, itu adalah cara AS dalam melancarkan perang psikologis.

"AS merekrut beberapa orang untuk melakukan operasi semacam ini. Jadi mereka dapat melempar kesalahan terhadap negara lain, khususnya negara Islam," jelas Hossien seperti dikutip dari Daily Mail, Khamis (13/3/2014).

Seperti diketahui, dalam kejadian hilangnya MH370, terdapat dua WN Iran. Mereka dituduh menggunakan pasport curian.

Akibat adanya peristiwa tersebut, muncul dugaan buruk adanya serangan pengganas  disebalik kehilangan  MH370. Namun, kerana kurangnya bukti, terindikasi hilangnya MH370 bukan disebabkan oleh aksi pengganas.

No comments:

Post a Comment