IMEJ satelit tidak dapat mengesan lokasi sebenar MH370, skop pemantauan
diperluaskan Misteri kehilangan pesawat MAS, MH370 yang dalam
perjalanan ke Beijing, China pada 8 Mac lalu dengan memuatkan 239
penumpang dan anak kapal masih lagi misteri sehingga menjadi tumpuan
serata dunia.
Di sebalik kehilangan itu, timbul pelbagai spekulasi yang semakin hari membingungkan semua pihak. Susulan insiden itu, Sinar Harian mengadakan temubual bersama Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB), DATUK DR AHMAD SABIRIN ARSHAD dengan Editor Edisi Terengganu, Wan Normi Hasan, wartawan, Norutul Ilham Mad Jari dan juruvideo Sinar Online, Fauzi Mohamed.
Dari mana Datuk tahu berita kehilangan pesawat MH370?
Kita dapat tahu maklumat kehilangan pesawat itu pada pagi Sabtu lalu dan saya terus diarahkan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah agar mengaktifkan inisiatif mengesan pesawat itu.
Saya kemudiannya berhubung dengan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Bagaimana peranan ATSB dalam misi mencari MH370 sejak dilaporkan hilang?
Kita sentiasa memberikan maklumat kepada DCA untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan kedudukan MH370.
Sebenarnya kita membuat pemantauan dari semua aspek, berdasarkan pelbagai resolusi yang mempunyai pelbagai sensor, setakat ini satelit tidak boleh beri gambaran apa-apa... mungkin jatuh dalam laut sehingga menyukarkan satelit mengesannya.
Dalam misi mencari pesawat Boeing 777-200 itu, pada awalnya kita hanya menggunakan aset laut dan udara. Tetapi hari ini kita guna aset di angkasa lepas.
Sejak itu, kita mula berhubung dengan negara lain yang mempunyai satelit di seluruh dunia agar menghantar imej satelit yang dirakam di kawasan sasaran.
Imej pertama yang kita terima pada Ahad lalu daripada radar satelit beresolusi tinggi milik Kanada yang menghantar imej dirakam satelit RadarSAT kerana ia boleh mengambil gambar siang ataupun malam.
Dari situ kita lihat banyak tumpahan minyak, tapi apabila kita buat analisis, kita dapati kesan, bahawa minyak ini daripada kapal laut, bukan daripada MH370 atau pesawat lain.
Hari ini (semalam) China mengatakan terjumpa objek di Laut China Selatan, namun objek itu didapati tidak ada kaitan dengan MH370.
Dalam masa sama, kita juga memberi arahan kepada satelit kita di angkasa untuk mengimejkan kawasan di longitud dan magnitud berkenaan.
Insya-ALLAH petang ini (semalam) kita akan dapat gambaran tersebut dan sekarang ini kita sudah dapat dua imej dan sedang diproses.
Kita tidak temui sebarang petunjuk?
Setelah membuat pemantauan di Laut China Selatan dan Selat Melaka, namun tiada petunjuk di mana MH370 berada, kita kini perluas skop liputan. Ia semakin rumit apabila kita tidak tahu di mana ia berada... sama ada ia patah balik atau guna auto pilot.
Saya mengesyaki, kita sebenarnya mencari di tempat yang salah, jika betul hilang di laut bermakna kita seolah-olah mencari salah satu objek kecil di laut yang terbentang luas.
Petunjuk kita hanya berdasarkan posisi terakhir.
Setakat ini, lapan satelit dari pelbagai negara yang bergabung untuk membantu mengesan kedudukan MH370.
Kita menerima 20 imej sehari daripada satelit yang mempunyai resolusi dan kedudukan berbeza.
Bagaimanapun satelit ini tidak boleh ambil imej pada waktu malam, selain masalah jerebu teruk yang berlaku kini menjejaskan imej yang dirakam dan menyukarkan lagi operasi SAR.
Satelit juga tidak dapat merakam imej di bawah kanopi (hutan). Kalau kita tengok insiden di Genting Sempah, ia juga makan masa empat lima hari juga proses pencarian.
Hutan tropika di Asia Tenggara ini tebal, tidak seperti hutan di luar negara... hutan kita rapat-rapat. Hanya radar yang beresolusi tinggi sahaja yang boleh mengesannya.
Adakah satelit kita berada pada orbit yang boleh merakam pesawat MH370 pada hari kejadian?
Satelit memang berada pada kedudukan tersebut tetapi tidak merakam MH370, ia hanya ambil rakaman apabila ada arahan sahaja.
Tetapi kita tidak terima arahan dan kita tidak tahu mahu rakam di mana, kawasannya besar dan radar tidak diulang-ulang banyak kali. Satelit mengambil masa 12 jam untuk menghabiskan satu pusingan dan dalam tempoh 24 jam hanya dua imej yang dirakam.
Pada pendapat Datuk, adakah teknologi yang kita ada hari ini cukup?
Saya rasakan teknologi sedia ada sudah pun mencukupi, bagi kemalangan yang ada seperti hari ini, seperti saya cakap tadi, mungkin kita cari di tempat yang berlainan.
Kemusykilannya ia jatuh, tapi kalau ia meletup, di mana serpihannya. Ke mana ia pergi?
Adakah ia cuba mendarat atas air, atau ia dilitupi alam mistik yang kita tidak nampak. Ada kemungkinan juga kerana jika ALLAH SWT nak tutup hijab, itu kita tidak akan nampak.
Saya rasa ALLAH mahu kita terus berusaha dengan teknologi yang kita ada sebaik mungkin. Saya tidak mahu berikan teori dan harapan palsu kerana fikirkan keluarga yang menunggu.
Bagaimana kerjasama dengan negara luar?
Memang kami semua sedang berhubung, ini merupakan kerjasama mengikut standard operasi (SOP), bila ada bencana menimpa sesebuah negara, negara-negara lain akan memberikan sumbangan secara percuma. Ini bantuan kemanusiaan.

No comments:
Post a Comment