03 Mac 2014
Lelaki Arab Saudi yang sudah bercerai mengaku menyiksa ketiga anak perempuannya hingga salah seorang meninggal.
Dalam surat khabar Al-Watan hari ini dikatakan lelaki itu mengikat dua puterinya ke jendela rumah dan seorang puterinya berusia tiga tahun diikat ke pintu. Ketika dia pulang salah seorang anaknya itu sudah meninggal, seperti dilapor stesyen televisyen Al Arabiya, Ahad (2/3).
Dia kemudian membawa mayat anaknya bernama Reem itu ke rumah sakit hingga petugas rumah sakit melapor kepada polis .
Mulanya dia mengatakan kepada polis anaknya itu meninggal kerana tercekik tali yang mengikat lehernya ke jendela ketika dia berayun. Namun akhirnya dia mengaku telah menyiksa anaknya itu hingga meninggal
Sekolah tempat ketiga anaknya itu mengatakan mereka sudah tidak datang lagi ke sekolah sebelum ujian akhir tahun lalu.
"Ayah mereka kami hubungi untuk mengizinkan anaknya bersekolah kembali. Tapi sang ayah menolak. Dia beralasan anak-anaknya tidak dapat manfaat dari sekolah," kata seorang sumber dari sekolah.
Polis sudah menangkap lelaki itu dan dia akan dibawa ke mahkamah.
No comments:
Post a Comment