Monday, March 3, 2014

Lelaki mati lima setengah jam bangun semula

03 Mac 2014

Mississippi: Seorang lelaki yang disahkan mati oleh doktor bangkit sejurus sebelum dia diawet.
Kejadian berlaku di sebuah rumah mayat di Lexington, di sini, kelmarin.
Menurut laporan, pekerja rumah mayat itu bersiap sedia untuk mengawet Walter Williams apabila dia mula bergerak.
Terdahulu, doktor memeriksanya dan mengesahkan dia mati pada jam 9 malam. Bagaimanapun, pada jam 2.30 pagi, pekerja rumah mayat menelefon anak saudaranya untuk memberitahu dia masih hidup.
FotoWILLIAMS terjaga sejurus sebelum diawet.

“Saya melihat sendiri pekerja hospital memasukkan bapa saudara saya ke dalam beg mayat untuk dihantar ke rumah mayat.

“Tidak lama selepas itu saya mendapat telefon dari rumah mayat mengatakan bapa saudara saya masih hidup,” kata Eddie Haster.

Apabila ditanya mengenai kejadian itu, seorang doktor berkata, kejadian mungkin berpunca daripada perentak jantung terhenti sebelum berfungsi semula. -AFP/myMetro

No comments:

Post a Comment