Monday, March 24, 2014

MH370 disahkan bawa platform kayu, bateri 200kg

24 Mac 2014

 
Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa pesawat MH370 membawa muatan bateri lithium ion dan juga platform kayu untuk muatan kargonya.

Ketua pengarah eksekutifnya Datuk Ahmad Jauhari Yahaya bagaimanapun menegaskan bahawa muatan bateri sebanyak 200kg itu dibungkus mengikut piawaian keselematan yang ditetapkan.

Beliau juga berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sekiranya platform kayu tersebut merupakan objek sama yang ditemui pasukan penyelamat di kawasan operasi di Lautan Hindi.

Kargo bateri tersebut menjadi tumpuan sebelum ini ekoran kebimbangan bahawa bateri lithium ion mudah terbakar.

Selain itu, pesawat itu juga membawa produk elektronik dan radio, kata Ahmad Jauhari.

Tambahnya, pasukan penyelamat Australia yang mengetuai operasi di selatan Lautan Hindi perlu memohon kepada pasukan Malaysia untuk mendapatkan senarai kargo tersebut.

Turut memberi kenyataan dalam taklimat hari ini ialah pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata polis menemubual lebih 100 orang termasuk anggota keluarga juruterbang dan pembantunya.

Tambahnya, pasukan teknikal kini sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan transkrip perbualan di antara kokpit dan menara kawalan.MK

No comments:

Post a Comment