27 Mac 2014

Penduduk China terus menyatakan kemarahan terhadap Malaysia ekoran kehilangan MH370 yang membawa sebahagian besar penumpang rakyat republik itu.
Pengguna Internet menyenaraikan Fish Leong (kanan), Gary Chaw, Lee Sinje and Ah Niu – yang popular dengan lagu pop dan filem di tanah besar China – dan mengajak persembahan mereka dipulaukan.
Leong, yang sedang mengandung, diserang selepas memuat naik gambar tiga batang lilin sebagai tanda berkabung untuk mangsa MH370.
Ia bagaimanapun mengundang sumpah seranah terhadap kandungannya, menyebabkan beliau kemudiannya membuang gambar itu.
Sementara itu Chaw pula digelar “binatang”.
Beliau memuat naik gambar di laman sosial bergambar Instagram dengan tulisan:
"MH370 bukan salah saya... Maafkan saya."
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment