Perhimpunan solidariti untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dirancang akan diadakan di Stadium Kajang malam ini.
Aktivis PKR dan juga Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham
Shahrin atau Cikgu Bard berkata, ia akan diadakan jam 8 malam ini.
Ia adalah himpunan pertama yang dirancang ekoran keputusan Mahkamah
Rayuan hari ini yang membenarkan rayuan Putrajaya dan menjatuhkan
hukuman bersalah ke atas Anwar.
Sehingga ini, mahkamah masih belum menjatuhkan hukuman ke atas Anwar walaupun sudah didapati bersalah.
Kajang dipilih kerana semua jentera PKR berada di sana ekoran pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam respons segera terhadap keputusan mahkmah ini, Pengarah Strategi
PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak
terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini".
Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui
laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal.
"Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya.
Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata:
"Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang
membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"
Sementara itu,Timbalan Pengarah, Bahagian Asia, Human Rights Watch Phil Robertson berkata, ini adalah penghakiman politik.
"Perbicaraan ini bertujuan untuk menendang Anwar keluar dari politik
dan kerajaan bersedia untuk berbuat apa saja untuk mempastikan ia
berlaku.
"Anwar dan keluarga beliau nampaknya terperangkap dalam mimpi ngeri
yang tidak ada penghujung dalam karier politiknya, di mana mahkamah
telah digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan hukuman politik.
"Memang benar, hari gelap kepada kehakiman di Malaysia yang menunjukkan
diri mereka sendiri tidak mampu berdiri tegap bila isu politik
dimainkan di depan mereka.
"Kes yang dihadapi Anwar tidak sepatutnya dipertimbangkan sebagai jenayah sejak awal-awal lagi," katanya. – 7 Mac, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment