Monday, March 24, 2014

'Polis soal pegawai DCA untuk bantu siasatan'

 
  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa polis menemubual sejumlah pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk membantu siasatan berhubung kes pesawat MH370.

Laporan The Star Online menyebut, Ahmad Zahid berkata pegawai tersebut tidak disiasat sebagai suspek.

“Kami menyoal pegawai DCA untuk mendapat lebih banyak maklumat dengan harapan untuk membantu siasatan yang berjalan.

“Saya tidak mahu DCA dipandang negatif, dan saya harap ini menjelaskan perkara ini,” katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Pencarian pesawat Malaysia Airlines itu masuk hari ke-17 hari ini. MK

No comments:

Post a Comment