March 24, 2014
Dengan
misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 diperhebatkan ke kawasan
selatan Lautan Hindi, harapan mula kelihatan bahawa objek kabur yang
dilihat dalam imej satelit berkemungkinan pesawat yang hilang apabila
pakar marin berkata objek besar jarang ditemui di kawasan berkenaan.
The Sydney Morning Herald (SMH) memetik saintis marin James Cook
University, Robin Beaman berkata objek yang terapung berkenaan
berkemungkinan bukan kontena kapal, rumpai laut, katil, pokok atau pukat
hanyut.
"Skalanya penting dan kami melihatnya berkemungkinan daripada lokasi serpihan," Dr Beaman berkata kepada akhbar Australia itu.
"Malah kontena terbesar pun, tidak sepanjang objek dalam imej itu. Skalanya penting," katanya.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata
pada Sabtu satelit China menemui objek terapung dengan ukuran sekitar
22.5 meter x 13 meter.
Agensi berita Xinhua berkata objek meragukan itu ditemui satelit China
terapung 120 kilometer daripada lokasi berkemungkinan serpihan yang
diumumkan Australia dua hari sebelumnya. – 24 Mac, 2014.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment