Monday, March 10, 2014
Takut dikecewakan, wanita berkahwin dengan anjing
SPLIT - Seorang wanita dari Kroasia, mengahwini anjing peliharaannya di depan 200 orang tetamu undangan. Perkahwinan unik ini dilakukannya kerana takut dikecewakan laki-laki lagi.
Amanda Rodgers menemui kebahagiaannya bersama anjing peliharaannya yang bernama Sheba. Perkahwianan unik ini telah berlangsung pada Ogos 2012 silam di Split, Kroasia.
"Saya tidak boleh memikirkan apa-apa lagi, yang saya perlukan adalah pasangan hidup,” ujar Amanda, seperti dikutip dari Metro, Isnin (10/3/2014).
“Sheba telah ada dalam hidup saya selama bertahun-tahun, itulah yang membuat saya bahagia dan dia dapat menghibur saya ketika saya merasa terpuruk,” jelasnya.
Sebelum megahwini anjing peliharaannya, Amanda pernah berkahwin dengan seorang lelaki 20 tahun yang lalu, tetapi hubungan itu berakhir dalam beberapa bulan.
”Saya tahu perkahwinan dengan Sheba itu tidak nyata dalam erti hukum. Tapi, itu adalah cara yang baik untuk membuktikan arti Sheba untuk saya. Sheba tidak pernah kasar kepada saya dan dia selalu membuat saya senang,” ungkap wanita berusia 47 tahun ini. (faj)okezone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment