29 Apr 2014
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu layanan ke atas
golongan minoriti adalah satu perkara yang sememangnya perlu
dibimbangkan.
“Tidak kiralah apa yang Zahid kata. Apa yang anda jangka menteri dalam negeri itu akan cakap?,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Zahid semalam menyanggah kenyataan Barack Obama yang menyatakan Malaysia tidak akan berjaya jika golongan bukan Islam tidak diberikan peluang yang sama seperti orang Islam.
Anwar mendakwa, pandangan Obama berhubung isu tersebut terbentuk melalui pertemuan dengan kumpulan masyarakat sivil semasa kunjungan singkat presiden Amerika Syarikat itu ke Malaysia, hujung minggu lalu.
Beliau seterusnya menyatakan bahawa golongan miskin di Malaysia yang dipinggirkan itu sebahagian besarnya terdiri daripada golongan Melayu bumiputera dan Orang Asal Sabah dan Sarawak.
Anwar turut menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mengaku sebagai seorang “reformis” pada Obama.
“Inilah alasan Najib sejak sedekad lalu. Ini hanya helah untuk mengelak atau dijadikan alasan kepada ketidakcekapan atau kelemahannya.
“Kenapa anda jadi PM sebuah negara jika tidak boleh pertahan maruah dan harga diri setiap warganya?
“Seorang PM di Malaysia berkuasa seperti seorang maharaja, dan anda beritahu saya dia seorang reformis kerana dia tiada kuasa?,” katanya.
Anwar berkata Najib tidak boleh mengelak atau enggan bertindak ke atas golongan seperti PERKASA atau bekas MP Zulkifli Noordin.
“Anda (Najib) membiaya PERKASA. Anda tidak boleh kata anda tidak buat apa-apa tindakan mengenai mereka. Zulkifli Noordin, anda yang calonkan dia dalam pilihan raya umum lalu,” katanya.
“Bagaimana dengan isu Bible? Anda juga tidak boleh buat apa-apa?,” soalnya.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment