Sunday, April 6, 2014

Apakah Putrajaya akan batal cadangan penubuhan PSC MH370, soal DAP

April 06, 2014  
Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada penubuhan kumpulan penyiasatan dan tiga jawatankuasa akan menghalang dan membantutkan pembentukan PSC sebagaimana yang pernah dijanjikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 25 Mac lalu. - Gambar The Malaysian Insider. 
Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada penubuhan kumpulan penyiasatan dan tiga jawatankuasa akan menghalang dan membantutkan pembentukan PSC sebagaimana yang pernah dijanjikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 25 Mac lalu. - Gambar The Malaysian Insider.Apakah Putrajaya membatalkan rancangan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370, DAP menuntut penjelasan berkenaanya hari ini.

Ini susulan pengumuman Putrajaya semalam bahawa sebaliknya mereka akan menubuhkan pasukan penyiasat bebas.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan meneruskan cadangan untuk menubuhkan PSC.

 "Pada 25 Mac, Hishammuddin memberi jaminan kepada Parlimen beliau akan mencadangkan kepada kabinet oleh ahli Parlimen untuk PSC dan Suruhanjaya Siasatan Diraja," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Hishammuddin berkata satu pasukan menyiasat akan ditubuhkan dan diketuai oleh seorang "penyiasat bertanggungjawab” bebas untuk menyiasat kehilangan MH370 itu.
"Seperti piawaian ICAO (International Civil Aviation Organisation), satu 'penyiasat bertanggungjawab' bebas akan dilantik untuk mengetuai pasukan siasatan," kata Hishammuddin kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra.

"Pasukan penyiasatan termasuk tiga kumpulan, iaitu kumpulan kelayakan terbang, kumpulan operasi dan kumpulan faktor perubatan dan manusia. "
"Kumpulan kelayakan terbang akan mengkaji isu-isu seperti rekod penyelenggaraan MH370, struktur dan sistem," jelas Hishammuddin.
"Kumpulan operasi akan mengkaji rakaman penerbangan, operasi dan rekod meteorologi."
Akhir sekali, Hishammuddin berkata, kumpulan faktor perubatan dan manusia akan menyiasat isu-isu seperti faktor psikologi, patologi dan kelangsungan hidup.

Selain itu, Putrajaya juga akan menubuhkan tiga jawatankuasa peringkat menteri untuk menyelaras dan mengukuhkan semua usaha yang berterusan untuk mencari MH370 .
"Selain pasukan penyiasatan yang saya umumkan sebelum ini, tiga jawatankuasa peringkat menteri juga ditubuhkan dan akan diketuai seorang timbalan menteri," kata Hishammuddin.
Pertama, adalah jawatankuasa berkenaan waris penumpang MH370 yang akan diketuai Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin.
"Jawatankuasa kedua menyelia teknikal, khususnya pembentukan dan pelantikan pasukan penyiasat."

Jawatankuasa ini akan diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
Jawatankuasa ketiga akan mengendalikan isu-isu berkaitan penggunaan aset untuk operasi carian.

Jawatankuasa ini diketuai Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri akan bekerjasama dengan rakan-rakan asing yang terlibat dalam operasi pencarian.
Lim mempersoalkan sama ada penubuhan kumpulan penyiasatan dan tiga jawatankuasa akan menghalang dan membantutkan pembentukan PSC.

"Malah, terma rujukan PSC berkenaan MH370 perlu diperluas dan lebih menyeluruh berbanding pasukan siasatan itu," kata Lim.
"PSC perlu melangkaui isu-isu kelayakan terbang MH370, aspek operasi penerbangan dan psikologi serta patologi 239 penumpang dan anak kapal.
"Ia juga harus melihat seluruh siri peristiwa selepas kehilangan MH370 itu yang menimbulkan 1,001 persoalan, kontroversi, kekeliruan dan teori konspirasi.
"Lebih penting lagi, mesej yang jelas dan terang mesti diberi bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan," kata Lim.

Lim berkata Hishammuddin bercakap tentang keperluan mengukuhkan aset ketenteraan negara dan mengkaji semula sektor penerbangan awam.
"Ia akan menjadi bidang PSC untuk mengkaji semula sama ada krisis MH370 layak menerima bajet tambahan untuk membeli aset tambahan bagi tentera." – 6 April, 2014.
The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment