06 Apr 2014
Muhammad Mosa Khan didakwa bersama 29 anggota keluarga lain berikutan
serbuan pihak polis yang menyasarkan penangkapan pencuri gas di sini.
Sepanjang prosiding, Muhammad dilihat duduk di pangkuan bapanya sambil memegang botol susu.
Bayi berkenaan dibenarkan jaminan dan kes akan disebut semula pada 12 April ini.
Bayi berkenaan dibenarkan jaminan dan kes akan disebut semula pada 12 April ini.
MUHAMMAD duduk di pangkuan ayahnya sambil memegang botol susu ketika didakwa.
Mengikut akhbar Express Tribune, keluarga itu didakwa cuba membunuh pegawai polis yang melakukan serbuan apabila membaling batu terhadap mereka.
Laporan polis dibuat terhadap datuk bayi terbabit, Muhammad Yassen, serta keseluruhan keluarganya termasuk Muhammad.
Menurut ayah Muhammad, mereka sekeluarga memprotes terhadap kekurangan bekalan elektrik di kawasan mereka.
Sementara itu, pegawai polis Sub Inspektor Kashif Ahmed kini digantung kerja kerana mendaftarkan kes berkenaan terhadap Muhammad.
Hakim tidak dapat membatalkan kes terhadap bayi itu kerana di luar bidang kuasanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Punjab Shahbaz Sharif sudah mengarahkan Ketua Polis memastikan laporan baru difailkan.
Dia turut dilaporkan menuntut tindakan tegas terhadap pegawai yang membawa kes berkenaan.- Agensi
No comments:
Post a Comment