Saturday, April 5, 2014

Bayi Meninggal Overdos Morfin, Ibu Dipenjara 20 Tahun

 Sabtu, 5 April 2014

SPARTANBURG, Seorang hakim menjatuhkan hukuman 20 tahun perjara,  ke atas seorang wanita  yang didakwa membunuh anak perempuannya sendiri yang berusia  enam minggu. Bayi perempuan ini meninggal kerana overdos  morfin, yang dipercayai datangnya dari air susu ibu (ASI).

Pendakwa yang menangani kes ini, Barry Barnette, dalam dakwaannya mengatakan bahawa Stephanie Greene (39) sebagai jururawat sepatutnya tahu mengenai bahaya menggunakan ubat penghilang rasa sakit (pain killer)ketika hamil dan menyusui. Namun, kata Barnette, Greene telah memilih menyembunyikan kehamilannya dari doktor untuk mendapatkan resep ubat penghilang rasa sakit.

Pada 2004, Greene kehilangan lisens  jururawat kerana mencuba mendapatkan ubat-ubatan haram. Peguam Greene, Rauch Wise, mengatakan bahawa wanita   ini hanya berusaha mengurangi rasa sakit akibat kemalangan kereta yang terjadi lebih dari satu dekade sebelumnya.

Wise mengakui bahawa Greene mengandaikan penilaiannya sendiri dan penelitian perubatan internet dibanding meminta saranan doktor. Menurut dia, sekarang Greene masih sangat sedih atas kematian dan kehilangan anak itu.
Hukuman  20 tahun penjara merupakan hukuman minimum atas dakwaan yang dikenakan pada Greene. Juri, pada Jumaat 04/4 , menyatakan bahawa Greene bersalah atas pembunuhan dan pelecehan anak. Dia harus menjalani hukuman penjara paling kurang  selama 16 tahun sebelum punya kesempatan mendapatkan pembebasan bersyarat.
Baik pendakwa maupun Wise sependapat bahawa sebelumnya tak pernah ada ibu di Amerika Syarikat dituntut membunuh anaknya dengan menggunakan zat yang tersalur melalui susu ibu. "Pendakwa juga tak membuktikan bagaimana bayi mendapatkan morfin melalui cara itu, dengan hanya sedikit bukti ilmiah yang mendukung morfin dalam jumlah besar dapat terakumulasi dalam susu ibu," ujar Wise.
Suami Greene menolak berbicara kepada wartawan. Namun, ujar Wise, suami Greene menyokong isterinya, berduka, dan siap untuk sendirian membesarkan anak lelaki mereka yang berumur 7 tahun.
Kehamilan Greene pada 2010 tidak dirancang, tetapi disambut gembira oleh pasangan ini. Sebelumnya, Greene sudah punya dua anak dari pernikahannya terdahulu.
Alexis, bayi itu, lahir sehat dan Greene memilih menyusunya. Lalu, 46 hari kemudian Greene menelepon pegawai perubatan, melaporkan bahawa Alexis pengsan di tempat tidur. Dalam rakaman telepon, Greene terdengar grogi dan tidak fokus. Bekas jururawat ini mengaku sudah mencuba memberikan bantuan pernafasan dengan teknik CPR kepada bayinya.
Penyiasat menemui puluhan botol pil dan patch ubat penghilang rasa sakit di meja yang dapat dijangkau oleh anak lelaki mereka yang ketika itu berumur 4 tahun. "Laporan toksikologi dari bedahsiasat bayi menunjukkan, morfin ini oleh ahli patologi disebut punya dosis mematikan, bahkan bagi orang dewasa," kata Barnette.
Sumber: Associated Press




No comments:

Post a Comment