05 Apr 2014
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyalahkan
pendatang haram yang bekerja di pusat peranginan di pulau-pulau di Sabah
atas siri penculikan rentas sempadan.
Sehubungan itu, ESSCOM akan melancarkan operasi besar-besaran bagi membersihkan pulau-pulau peranginan atau resort di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) daripada pekerja asing.
"Berdasarkan maklum balas bahagian risikan ESSCOM dan modus operasi yang digunakan oleh penculik, jelas sekali penjenayah itu kelihatan serba mengetahui selok belok kawasan termasuk penghuni resort tersebut.
"Kita syaki ada orang dalam, khususnya orang tempatan yang berasal dari Filipina yang memberi maklumat awal kepada penculik itu.... perkara ini sepatutnya tidak berlaku," kata Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendakwa pekerja asing tersebut tidak mempunyai dokumen sah yang berpotensi menjadi tali barut atau pemberi maklumat kepada penjenayah rentas sempadan.
Mohammad berkata, berkata operasi besar-besaran akan dilancarkan di pulau-pulau peranginan yang sudah dikenal pasti dalam masa terdekat susulan kes penculikan di sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, Rabu lepas.
Dalam kes penculikan terbaru itu, seorang wanita warga China dan seorang pekerja resort rakyat Filipina diculik dari Singamata Adventures Reef and Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata, dalam kejadian pukul 10.30 malam Rabu.
Wanita warga China itu yang juga seorang pelajar dikenal pasti sebagai Gao Hua Yua, 29, dari Shanghai manakala pekerja resort pula dikenali sebagai Marcy Dayawan atau Mimi, 40.
Resort di atas air dengan 60 bilik yang beroperasi sejak lebih 10 tahun lepas itu berkedudukan kira-kira dua batu nautika dari pekan Semporna.
Mohammad turut mengulangi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap majikan atau pengusaha resort yang beroperasi di kawasan ESSZONE sekiranya terbukti mereka mengambil dan seterusnya menggaji pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah.
Beliau berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan pengusaha resort atau pusat pelancongan Sabah berhubung perkara itu, termasuk cadangan pemasangan CCTV dan menggaji pengawal keselamatan.
“Semua pihak termasuk pengusaha resort harus bertanggungjawab untuk memastikan keadaan keselamatan di ESSZONE sentiasa terkawal dan terjamin,” katanya.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment