Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan
pembelian telefon pintar di Miri malam tadi berakhir dengan tragedi
apabila wanita itu mati dikelar anak sulungnya itu petang tadi.
Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata polis menahan remaja berusia 18 tahun itu pada jam 4.30 petang untuk membantu siasatan selepas menemui mayat wanita berusia 43 tahun itu di dalam keretanya di tempat letak kereta berhampiran sebuah gelanggang tenis di Miri pada jam 3 petang.
Beliau berkata mayat Marife Resuello Wong, seorang warga Filipina, didapati mempunyai kesan kelar di leher.
Polis turut menemui pisau pemotong sayur yang disyaki digunakan untuk membunuh Marife di dalam kereta itu.
"Pisau ini mempunyai kesan darah. Ia dipercayai digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa dan selepas itu, dia melarikan diri dari tempat kejadian," katanya.
Siasatan awal mendapati ketika kejadian, suspek duduk di bahagian belakang kerusi pemandu dan dia bertindak demikian kerana tidak tahan dengan leteran ibunya.
Gan berkata polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya esok.
"Polis menganggap kes bunuh ini selesai... pertengkaran wanita dan anak lelakinya dari malam tadi berpunca daripada masalah keluarga," katanya.
Gan tidak menjelaskan secara terperinci masalah keluarga itu tetapi Bernama difahamkan ia berpunca daripada keengganan ibu suspek membeli telefon pintar untuk anak lelakinya yang tidak bekerja itu.
Mangsa berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
- Bernama

No comments:
Post a Comment