Sunday, April 6, 2014

Tarikh ganti bateri kotak hitam MH370 pada Jun 2014, kata MAS

OLEH LEE SHI-IAN April 05, 2014
Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan kotak hitam bagi pesawat MH370 yang hilang itu tidak dijadual untuk diselenggara sehingga Jun tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya (gambar) menegaskan perkara ini pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Awal hari ini, CNN melaporkan kedua-dua kotak hitam di MH370 tidak pernah kembali dikembalikan kepada pengeluar mereka .

 Menurut CNN, kedua-dua kotak hitam berkenaan dijadualkan untuk baikpulih dan penggantian bateri pada 2012.
Ahmad Jauhari menjelaskan bateri dalam kotak hitam dijadualkan untuk penggantian pada bulan Jun.
CNN melaporkan MAS tidak memberi respon terhadap pertanyaan rangkaian itu mengenai pematuhan pingers MH370.

Hayat bateri pinger itu akan berkurangan daripada 30 hari sebagaimana sepatutnya kepada 20 atau 25 hari jika bateri original digunakan dalam kotak hitam, lapor CNN.
Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan tidak berasas dibuat terhadap Malaysia.
“Segala tuduhan ini termasuk dakwaan yang mengatakan pihak berkuasa Malaysia bersubahat dalam apa yang berlaku kepada MH370," katanya kepada pemberita.
"Saya ingin menyatakan, untuk rekod, bahawa semua tuduhan ini langsung tidak benar." – 5 April, 2014. TMI

No comments:

Post a Comment