Friday, April 25, 2014

Dia berzikir hingga nafas terakhir. Liang lahadnya bercahaya

25 Apr 2014

Oleh Wan Asrudi Wan Hassan dan Mohd Hafizee Mohd Arop
Taiping: "Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya."
Demikian kata Salahuddin Sulaiman,91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam.
 

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Cangkat Jering di sini, Ahad lalu selepas solat Asar.
Bagaimanapun, Salahuddin berkata, dia tidak melihat liang lahad dikatakan bercahaya itu kerana dia berada sedikit terkebelakang dan agak jauh daripada liang lahad.

FotoLIANG lahad Allahyarham Haslinatul yang dikatakan bercahaya.

"Masa di tanah perkuburan saya tidak melihat cahaya berkenaan, namun sangat terkejut apabila dimaklumkan cucu (abang arwah) yang ada cahaya di dalam kubur cucu saya itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.myMetro

No comments:

Post a Comment