SHAH ALAM - Adalah sukar bagi BN menggugat kedudukan DAP di Parlimen
Bukit Gelugor memandangkan parti itu berjaya memperoleh majoriti undi
selesa pada PRU13 lalu.
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sudah tiga penggal DAP menguasai Parlimen itu dan ternyata mereka berjaya meningkatkan majoriti undi sejak 2004.
“Peningkatan majoriti yang mendadak membuktikan rakyat di kawasan itu menerima baik pimpinan DAP yang diterajui oleh Karpal Singh.
“Pada 2004, Karpal berjaya memperoleh majoriti undi sebanyak 1,261 undi. Beliau terus mendapat sokongan baik apabila menang selesa dengan majoriti besar iaitu 42,706 undi pada PRU13 lalu,” katanya, semalam.
Menurut Sivamurugan, bukan sahaja sokongan rakyat terhadap parti menjadi faktor kemenangan DAP dalam PRK kali ini, tetapi faktor kematian Karpal yang tragis juga boleh menarik undi simpati orang ramai.
Katanya, soal calon bukan masalah besar buat DAP kerana siapa pun yang diletakkan, parti itu mempunyai peluang cerah.
Sivamurugan turut berpendapat adalah baik BN tidak meletakkan calon mereka kali ini dan lebih memfokuskan sasaran untuk PRU14.
Bagaimanapun, beliau berkata, jika BN tetap mahu meletakkan calon, medan PRK kali ini boleh menjadi batu ukuran buat mereka khususnya MCA dari segi peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu.
“Di atas kertas peluang BN tipis, hanya bergantung pada bagaimana DAP mengurus isu berbangkit,” katanya.

No comments:
Post a Comment