Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein menafikan laporan muka depan sebuah akhbar
tempatan yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines
(MAS) Penerbangan MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu
terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.
Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.
"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika
betul, kita (pasti) tahu mengenainya daripada awal lagi," katanya kepada
pemberita selepas menunaikan solat hajat di Masjid Taman Sri Lambak
hari ini.
Menurutnya, sejak insiden kehilangan pesawat itu, pihaknya mengambil
pendekatan tidak mengesahkan sesuatu tanpa sebarang kerjasama atau
pengesahan dengan pihak lain.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata adalah tidak
bertanggungjawab bagi mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dengan
membuat liputan atau laporan yang tidak berasas. – Bernama, 12/ The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment