27 Apr 2014
Hubei: Seorang nenek di Wuhan dilaporkan cuba menjual cucunya demi
mengumpul wang untuk mengubati anaknya - yang juga bapa kepada budak
lelaki itu - baru-baru ini.
Media China semalam melaporkan, wanita tua itu bersama seorang lagi
kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan empat tahun berlutut
berhampiran kedai makan di daerah Xinhou merayu kepada mereka orang
ramai yang lalu di situ supaya membeli cucu lelakinya.
Saksi - cuma mahu dikenali sebagai Tong - berkata, wanita terbabit
turut meletakkan poster memperkenalkan dia sebagai Liu Xiaoying, 57.
Berdasarkan kenyataan Liu, dia mendakwa anak lelakinya yang berusia 30 tahun kini menghidap leukemia sejak awal tahun ini.
Berdasarkan kenyataan Liu, dia mendakwa anak lelakinya yang berusia 30 tahun kini menghidap leukemia sejak awal tahun ini.
Kata Tong, wanita terbabit berkata, keluarga itu tidak mampu menanggung kos pembedahan bagi pemindahan sum-sum tulang berjumlah 300,000 yuan (RM156,773).
Di poster itu juga tertulis: “Saya mahu menjual cucu lelaki saya
berusia lapan tahun bagi mendapatkan wang bagi menyelamatkan anak saya.”
Polis menghentikan tindakan wanita itu selepas menerima laporan mengenainya.
Anak lelaki Liu, He Dusai dan isterinya tidak mengetahui yang ibunya cuba menjual anak mereka.
Suami Liu memberitahu pemberita mereka tahu tindakan mereka itu salah.
“Namun kami hanya mahu menyelamatkan anak kami dan berharap ada individu yang baik hati sudi membantu,” katanya. myMetro

No comments:
Post a Comment